UNIT PENTADBIRAN KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA
Monday, July 30, 2012
Monday, June 25, 2012
Perjumpaan Staf KKKM anjuran Unit Pentadbiran
Satu perjumpaan staff anjuran Unit Pentadbiran telah diadakan di Perpustakaan KKKM pada 04.05.2012 . Tujuan perjumpaan staff ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan KKKM disamping menjalankan aktiviti-aktiviti seperti penyampaian Sijil Pekerja Contoh Bulanan dan Taklimat HRMIS kepada semua kakitangan.
![]() |
En. mohd Sabri sebagai Pengerusi Majlis |
![]() |
En. Mohd Saiful memulakan perjumpaan dengan bacaan doa |
![]() |
Ucapan dari Pengarah |
![]() |
Taklimat HRMIS dari Pn. Sasha Munira |
![]() |
antara kakitangan yang hadir |
![]() |
penyampaian sijil kepada Ketua Jabatan |
![]() |
Anugerah Pekerja Sambilan Harian Contoh |
![]() |
Penyampaian sijil penghargaan |
sekian
Wednesday, March 7, 2012
Tuesday, March 6, 2012
PERANAN DAN FUNGSI UNIT PENTADBIRAN KKKM
Peranan
Bahagian Pentadbiran memainkan peranan penting di dalam membantu pengurusan KKKM bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Eksekutif dan terbahagi kepada 2 unit seperti berikut :
1. Bahagian Pentadbiran;
2. Bahagian Kewangan
Objektif Unit Pentadbiran
Unit Pentadbiran mengurus segala urusan personel berkaitan perkhidmatan pegawai dan kakitangan KKKM selain menyelenggara urusan pentadbiran yang merangkumi penggunaan kemudahan kenderaan dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan baik.
Objektif Unit Kewangan
Unit Kewangan memastikan sumber-sumber kewangan yang telah diperuntukkan digunakan secara optima dan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, Unit Kewangan memastikan semua urusan perakaunan, pembayaran, perolehan, pembelian dan pembayaran diuruskan dengan baik.
Fungsi

a. Urusan Pentadbiran meliputi aktiviti merangkumi pengendalian surat keluar masuk, pengurusan mesyuarat, pengurusan sistem perkhidmatan kaunter dan pengurusan peralatan pejabat.
b. Urusan perkhidmatan kakitangan merangkumi tugas-tugas mengemaskini rekod perkhidmatan, cuti, mengemaskini keputusan pergerakan gaji, penyelarasan peperiksaan, kursus dan latihan, mengurus hal-hal berkaitan pengisian jawatan dan hal-hal berkaitan dengan pemangkuan/penanggungan kerja.
c. Urusan Kewangan merangkumi penyediaan penyata gaji kakitangan, penyediaan baucer dan pengurusan perbelanjaan Jabatan berdasarkan kepada peruntukan kewangan yang diluluskan.

Sunday, March 4, 2012
SEKAPUR SIRIH
Ucapan alu-aluan dari Penolong Pegawai Tadbir Kolej Komuniti Kota Melaka
Pn. Fahizah binti Mohd Yusoff
Pertamanya, setinggi – tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi di atas terbinanya halaman Unit Pentadbiran dan Kewangan Kolej Komuniti Kota Melaka ini. Halaman ini diusahakan untuk memberikan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan selain mendedahkan peranan dan juga fungsi yang telah dimainkan oleh unit ini sejak Kolej Komuniti Kota Melaka ditubuhkan pada tahun 2007. Tujuan utama halaman ini ditubuhkan adalah bagi meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian maklumat kepada kakitangan Kolej Komuniti Kota Melaka khususnya dan masyarakat luar amnya.
Justeru adalah diharapkan agar halaman ini akan dapat memberikan maklumat jelas berkenaan skop tugas unit pentadbiran serta aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan. Sekian, Selamat Melayari Halaman Unit Pentadbiran Kolej Komuniti Kota Melaka.

Subscribe to:
Posts (Atom)