Tuesday, March 6, 2012

PERANAN DAN FUNGSI UNIT PENTADBIRAN KKKM


Peranan 

Bahagian Pentadbiran memainkan peranan penting di dalam membantu pengurusan KKKM bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Eksekutif dan terbahagi kepada 2 unit seperti berikut :
 
1. Bahagian Pentadbiran;
2. Bahagian Kewangan

Objektif Unit Pentadbiran


Unit Pentadbiran mengurus segala urusan personel berkaitan perkhidmatan pegawai dan kakitangan KKKM selain menyelenggara urusan pentadbiran yang merangkumi penggunaan kemudahan kenderaan dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan baik.


Objektif Unit Kewangan


Unit Kewangan memastikan sumber-sumber kewangan yang telah diperuntukkan digunakan secara optima dan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, Unit Kewangan memastikan semua urusan perakaunan, pembayaran, perolehan, pembelian dan pembayaran diuruskan dengan baik.


Fungsi

 
a. Urusan Pentadbiran meliputi aktiviti merangkumi pengendalian surat keluar masuk, pengurusan mesyuarat, pengurusan sistem perkhidmatan kaunter dan pengurusan peralatan pejabat.

b. Urusan perkhidmatan kakitangan merangkumi tugas-tugas mengemaskini rekod perkhidmatan, cuti, mengemaskini keputusan pergerakan gaji, penyelarasan peperiksaan, kursus dan latihan, mengurus hal-hal berkaitan pengisian jawatan dan hal-hal berkaitan dengan pemangkuan/penanggungan kerja.

c. Urusan Kewangan merangkumi penyediaan penyata gaji kakitangan, penyediaan baucer dan pengurusan perbelanjaan Jabatan berdasarkan kepada peruntukan kewangan yang diluluskan.

Sunday, March 4, 2012

SEKAPUR SIRIH

Ucapan alu-aluan dari Penolong Pegawai Tadbir Kolej Komuniti Kota Melaka 
Pn. Fahizah binti Mohd Yusoff

Pertamanya, setinggi – tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi di atas terbinanya halaman Unit Pentadbiran dan Kewangan Kolej Komuniti Kota Melaka ini. Halaman ini diusahakan untuk memberikan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan selain mendedahkan peranan dan juga fungsi yang telah dimainkan oleh unit ini sejak Kolej Komuniti Kota Melaka ditubuhkan pada tahun 2007. Tujuan utama halaman ini ditubuhkan adalah bagi meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian maklumat  kepada kakitangan Kolej Komuniti Kota Melaka khususnya dan masyarakat luar amnya.
Justeru adalah diharapkan agar halaman ini akan dapat memberikan maklumat jelas berkenaan skop tugas unit pentadbiran serta aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan.  Sekian, Selamat Melayari Halaman Unit Pentadbiran Kolej Komuniti Kota Melaka.