Ucapan alu-aluan dari Penolong Pegawai Tadbir Kolej Komuniti Kota Melaka
Pn. Fahizah binti Mohd Yusoff
Pertamanya, setinggi – tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi di atas terbinanya halaman Unit Pentadbiran dan Kewangan Kolej Komuniti Kota Melaka ini. Halaman ini diusahakan untuk memberikan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan selain mendedahkan peranan dan juga fungsi yang telah dimainkan oleh unit ini sejak Kolej Komuniti Kota Melaka ditubuhkan pada tahun 2007. Tujuan utama halaman ini ditubuhkan adalah bagi meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian maklumat kepada kakitangan Kolej Komuniti Kota Melaka khususnya dan masyarakat luar amnya.
Justeru adalah diharapkan agar halaman ini akan dapat memberikan maklumat jelas berkenaan skop tugas unit pentadbiran serta aktiviti-aktiviti semasa yang dijalankan. Sekian, Selamat Melayari Halaman Unit Pentadbiran Kolej Komuniti Kota Melaka.

:)
ReplyDelete